KUALA LUMPUR 30 Sept. – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan memberi tumpuan kepada pengukuhan tadbir urus dalaman bagi memulihkan semula struktur dan kecekapan pengurusan dana persaraan anggota tentera itu. Ketua Eksekutif LTAT, Nik Amlizan Mohamed berkata, kelemahan tadbir urus korporat itu menyebabkan wujudnya kepincangan yang menjejaskan kedudukan kewangan LTAT. Katanya, beberapa jawatan penting telah diisi dan diwujudkan bagi memastikan setiap pelaburan yang dibuat LTAT berkualiti dan mapan selain mampu memberi pulangan tinggi kepada ahli. “Fokus kami ketika ini adalah untuk memperkasakan tadbir urus korporat dahulu sebelum melaksanakan pelbagai strategi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya