KUANTAN 1 Okt. – Kelahiran seekor anak lembu jantan berkepala dua dan mempunyai lima kaki di Kampung Seri Damai di sini semalam menjadi bualan masyarakat sekitar selain tular dalam laman media sosial. Anak lembu seberat 30 kilogram itu dilahirkan kira-kira pukul 3 petang dengan bantuan pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri memandangkan ibunya didapati mengalami kesukaran selepas menunjukkan tanda-tanda ingin melahirkan anak enam jam sebelum itu. Anak lembu berkenaan bagaimanapun sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan mungkin disebabkan lemas di dalam perut ibunya berikutan terlalu lama masa yang diambil. Pemiliknya, Ibrahim@Aziz…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya