Jarak 35 kilometer kayuhan bersama 750 peserta dari seluruh negara dalam program Kuala Pilah Fun Ride (KPFR) 2019 tidak dirasakan terlalu jauh. Ini kerana sepanjang jarak itu peserta berkayuh santai sambil menikmati keindahan alam selain menempuh destinasi pelancongan menarik di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini. Pengurus Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Mohd. Afif Anuar berkata, antara lain pengisian program anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan. “Program ini bukan sahaja dapat mengumpul peminat aktiviti berbasikal, malah dapat menggalakkan amalan gaya hidup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya