LOS ANGELES, California -Peruncit fesyen, Forever 21 memaklumkan bahawa ia memfailkan permohonan muflis secara sukarela kelmarin, jenama terbaharu di Amerika Syarikat (AS) yang melaksanakan penstrukturan semula selepas ramai pengguna beralih kepada pembelian online. Langkah itu bakal menyaksikan rangkaian peruncit tersebut menutup sehingga 350 buah kedai di seluruh dunia, termasuk kira-kira 178 kedai dalam pasaran utamanya di AS, lapor akhbar The Wall Street Journal yang memetik kenyataan seorang jurucakap syarikat berkenaan. “Pemfailan di bawah undang-undang Chapter 11 untuk perlindungan muflis itu adalah langkah tegas dan disengajakan bagi meletakkan kami pada landasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya