IPOH 1 Okt. – UMNO Perak menyarankan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming membuat laporan polis berhubung sebuah laman Facebook yang membuat hantaran menghasut rakyat dalam isu papan tanda dwi-bahasa yang dikaitkan dengan beliau. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, Kor Ming perlu membuat laporan polis bagi membersihkan namanya. Menurutnya, Kor Ming juga seharusnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mendedahkan siapakah pemilik laman Facebook berkenaan. “Nga tidak perlu melatah mengenai isu penghinaan terhadap Sultan Selangor membabitkan tanda jalan yang dikongsi oleh laman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya