LONDON – Lima keping duit syiling baharu dengan nilai 50 pence (RM2.50) yang menampilkan watak dongeng terkenal di Britain seperti Cinderella dan Snow White mula dijual, lapor akhbar The Sun kelmarin. Antara watak lain yang ditampilkan pada syiling itu ialah Aladdin, Jack and the Beanstalk dan Dick Whittington. Bagaimanapun, duit syiling itu tidak boleh digunakan untuk membeli barangan di Britain memandangkan ia dikeluarkan oleh Perbendaharaan Kepulauan Guernsey. Set duit syiling berkenaan boleh dibeli dari laman web Koleksi Westminster. Satu set lima keping syiling kupro-nikel itu dijual pada harga £30 (RM154)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya