SEPANG 8 Okt. – Pemberian diskaun bayaran premium insurans kenderaan kepada pemandu berhemah akan dilaksanakan Januari tahun hadapan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Melalui inisiatif itu, pemandu yang tidak pernah memiliki rekod melakukan kesalahan jalan raya akan diberikan ganjaran seperti pengurangan premium insurans atau tambahan diskaun ke atas NCD yang tidak mempunyai tuntutan kemalangan, katanya. Beliau berkata, proses mengemas kini perkongsian maklumat pemandu daripada rekod sistem Mysikap milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini di peringkat akhir. Beliau berkata, perbincangan bersama Persatuan Insurans Am…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya