TUMPAT – Seorang lelaki tempatan nekad menyeludup 34 ekor lembu dengan membawa haiwan tersebut berenang merentasi Sungai Golok sebelum dia ditahan dalam serbuan di Kampung Mentua, Pengkalan Kubor di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, serbuan kira-kira pukul 11 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dan pegawai serta anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat awam yang diperoleh berkaitan aktiviti penyeludupan haiwan terbabit dari negara jiran untuk dibawa ke negara ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya