PUTRAJAYA 16 Sept. – Seorang lelaki warga Nepal maut selepas motosikal yang dinaiki bersama seorang rakannya telah hilang kawalan sebelum merempuh bahu jalan di kawasan bulatan di Presint 16 di sini semalam. Insiden yang berlaku pada pukul 9 malam itu mengorbankan Thapa Magar Bepen, 24, di lokasi kejadian manakala rakannya, Pun Magar Hari Prasad, 25, cedera parah. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, siasatan awal mendapati, motosikal dinaiki kedua-dua lelaki itu datang dari arah stesen minyak Shell Presint 16 menghala ke stesen minyak Petronas Presint 16. Jelasnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya