KUANTAN -Perkhemahan 25 individu pada hujung minggu di Air Terjun Lata Hammer, Bentong dekat sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut ditimpa sebatang pokok tumbang. Mangsa yang maut ialah Winnie Tan Gaik Kin dari Taman Ikan Mas, Kuala Lumpur dan Chin Kean Hwa dari Puchong, Selangor. Kedua-duanya dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an. Kejadian itu turut menyebabkan dua lagi cedera. Mereka ialah Tan Wai Hong, 40, cedera pada tangan, kaki dan dada, manakala Leong Yau Lai, 40, pula cedera pada kaki kiri. Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya