SOCHI, Rusia – Juara dunia perlumbaan Formula Satu (F1) empat kali, Sebastian Vettel menegaskan kejayaannya di Grand Prix (GP) Singapura minggu lalu tidak akan menjejaskan hubungannya dengan rakan sepasukan di Ferrari, Charles Leclerc. Hajat Leclerc untuk menghadiahkan kemenangan hatrik kepada Ferrari tidak kesampaian apabila Vettel berjaya memintasnya dengan menggunakan taktikal hentian pit, sekali gus menjadi kemenangan pertama buat pemandu Jerman itu sejak kali terakhir melakukannya di Belgium pada 2018. Vettel yang kini memburu kemenangan kedua di GP Rusia esok, meluahkan rasa simpatinya terhadap Leclerc yang terpaksa akur dengan strategi tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya