IPOH 15 Sept. – Terengganu muncul juara kategori kelompok utama atau ‘Men Core’ Kejohanan Siri Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 selepas mengalahkan Kelantan 24-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Ipoh di sini, hari ini. Berlangsung dalam keadaan cuaca mendung, Terengganu membuktikan kehebatannya dengan memperoleh 24 mata hasil empat ‘try’ dan dua ‘conversion’. Mata Terengganu diperoleh menerusi try dilakukan Muhammad Haikal Ibrahim seawal minit pertama, Muhammad Harith Iqral Muhammad Anhar (minit ke-5 dan ke-7) serta Muhammad Syafiy Md Said pada minit ke tujuh, manakala dua conversion disempurnakan Mohd Fairuz…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya