BESUT 18 Sept. – Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut di sini meneruskan tradisi tahunannya dengan bergotong-royong menghasilkan bubur asyura untuk diagihkan kepada warga sekolah itu dan penduduk sekitar, hari ini. Seawal pukul 4 pagi para petugas yang terdiri daripada guru, staf sokongan di samping ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bertungkus lumus memasak lima kawah bubur berkenaan dengan kerja-kerja tersebut selesai kira-kira pukul 12 tengah hari. Guru Besarnya, Che Deraman Mamat berkata, lebih 600 pek bubur asyura diagihkan kepada pelajar dan guru serta staf sokongan manakala bakinya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya