KUCHING 4 Sept. – Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas pelbagai jenis jenama rokok bernilai RM411,200 dalam operasi ‘Op Libas Risik’ yang dijalankan di sebuah rumah di Jalan Kwong Lee Bank Pending Heigth, pagi tadi. Komander Briged PGA, Datuk Khaw Kok Chin berkata, bertindak atas risikan dan makluman awam, sepasukan PGA yang disertai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan pada pukul 6.30 pagi. “Hasil pemeriksaan telah menjumpai rokok pelbagai jenama berjumlah 40 kotak yang mengandungi 2,090 karton rokok putih dan keretek. Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya