KUALA LUMPUR 26 Sept. – Ekonomi dunia dijangka bertambah buruk, dengan petunjuk kemelesetan pada 2020 kini semakin jelas, menurut Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD). Dalam Laporan Perdagangan dan Pembangunan 2019 yang dikeluarkan hari ini, UNCTAD berkata tanda-tanda amaran mula terbit melalui persekitaran ketegangan perdagangan, pergerakan mata wang, hutang korporat, ketiadaan kesepakatan dalam Brexit serta keluk hasil yang terbalik. “Ada petunjuk kecil yang menyebabkan penggubal mula bersiap sedia bagi menangani kemelut yang akan datang,” katanya. Laporan itu menyeru agar tumpuan diberikan kepada meningkatkan pekerjaan, upah dan pelaburan awam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya