BINTANGOR 15 Sept. – Pemilihan sekolah bagi pelaksanaan pembangunan sekolah daif di Sarawak adalah berdasarkan keadaan fizikal sekolah yang tidak sempurna, tidak berfungsi dan tidak selamat digunakan. Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata sekolah-sekolah terbabit meliputi kategori sekolah yang telah mendapat pengesahan tidak selamat daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Beliau berkata kabinet telah meluluskan RM1 bilion bagi pelaksanaan pembangunan sekolah daif negeri Sarawak yang melibatkan tiga fasa mulai Ogos tahun ini sehingga tahun hadapan. “Kementerian kewangan telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM350 juta bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya