KUALA LUMPUR – Pemandu wanita yang melanggar dua peserta Larian KL Marathon di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ditahan polis semalam. Suspek berusia 25 tahun yang juga penganggur itu ditahan pada pukul 11.10 malam di sekitar Jalan Taman Emas, Kepong. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, tangkapan dibuat selepas sebuah syarikat sewa kereta membuat laporan bahawa kereta jenis Honda City warna putih itu disewakan kepada suspek. “Hasil pemeriksaan pihak polis menemui enam pil erimin 5 dalam milikan suspek selain dia positif dadah. “Siasatan lanjut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya