CATALONIA – Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengesahkan bahawa bintang The Catalans, Lionel Messi mempunyai klausa dalam kontraknya yang membolehkan pemain antarabangsa Argentina itu meninggalkan Camp Nou pada bila-bila masa. Laporan baru-baru ini mendedahkan Messi yang mempunyai klausa pelepasan bernilai €700 juta (RM3.257 bilion) mempunyai kuasa untuk keluar meninggalkan Barcelona pada mana-mana penghujung musim, namun ia tidak disahkan oleh kelab sehingga sekarang. Bercakap kepada Barca TV minggu ini, Bartomeu mendedahkan bahawa sememangnya Barcelona menawarkan klausa kontrak seumpama itu kepada semua pemain legenda mereka, bukan hanya kepada Messi. “Leo Messi mempunyai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya