JOHOR BAHRU 28 Sept. – Seorang nelayan warga Indonesia yang hanyut selama empat hari disebabkan bot dinaikinya rosak dan enjin gagal berfungsi ditemui selamat oleh Kapal Peronda Maritim Negeri Johor di sekitar 15 batu nautika selatan Tanjung Laboh, Batu Pahat, petang semalam. Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, bot hanyut yang dinaiki mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahman, 51, ditemukan kira-kira pukul 3.30 petang ketika kapal peronda sedang melaksanakan rondaan. Beliau berkata, Badan SAR Nasional Indonesia (Basarnas) telah menggerakkan usaha mencari mangsa sejak 23 September lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya