KOTA BHARU 13 Sept. – Pas mengakui sebahagian ahli di negeri ini khususnya, masih belum dapat menerima agenda kerjasama atau piagam dengan UMNO yang akan dimeterai. Keadaan itu dikatakan menyebabkan momentum perpaduan di negeri ini agak perlahan. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, situasi itu berlaku akibat ‘luka yang mendalam’ berikutan pertembungan lama antara kedua-dua pihak yang sejarahnya diketahui umum. Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun yakin dalam tempoh masa berbaki sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), perasaan tidak puas hati sama ada dalam kalangan ahli Pas sendiri mahupun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya