KUALA LUMPUR 13 Sept. – Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 475 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini menerusi penerbangan carter MH8383 pada pukul 4.10 pagi tadi. Jemaah tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad Abdulaziz, Madinah pada pukul 1:58 petang, waktu Arab Saudi semalam dan ketibaan itu menandakan berakhirnya fasa kedua operasi haji yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) pada musim ini. Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berkata, secara keseluruhannya operasi haji tahun ini berjalan lancar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya