KUANTAN 16 Sept. – Kontinjen negeri ini mengekalkan kejuaraan keseluruhan untuk kali ketiga Kejohanan Taekwondo Piala Kukkiwon Pahang, Zon Timur dan Jemputan Kebangsaan 2019 yang berlangsung di daerah ini selama tiga hari berakhir malam tadi. Kontinjen Pahang meraih 39 pingat emas, 55 perak dan 46 gangsa sekali gus mempertahankan gelaran juara keseluruhan sejak acara tahunan itu dianjurkan mulai 2016. Seramai 300 pelajar dari neger ini, Terengganu, Kelantan, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyertai pertandingan yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Garuda di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya