KUALA LUMPUR 11 Sept. – Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh meninggal dunia dipercayai mengalami masalah pankreas di Hospital Selayang pagi tadi. Allahyarham yang berusia 73 tahun dipercayai mengalami sakit perut, sukar makan dan muntah sejak semalam dan dimasukkan ke hospital tersebut untuk mendapatkan dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi. Menurut kenyataan Laman Facebook Pengakap Malaysia, Allahyarham merupakan bekas Menteri Pengajian Tinggi dan bekas Ahli Parlimen Kuala Langat. Jenazah beliau kini berada di Hospital Selayang sebelum dibawa ke Masjid Al-Makmur, Kampung Ginching, Salak Tinggi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya