KEBERSIHAN diri mencerminkan keperibadian diri seseorang. Bahkan, Islam turut menekankan kepada umatnya agar menjaga aspek kebersihan. Kesedaran untuk menjadi bersih secara mutlak dalam segala hal akan meningkatkan keseluruhan diri baik daripada segi jasmani atau rohani. Pendek kata, kebersihan meningkatkan daya tubuh dan akal budi kepada kemuncaknya. Dengan menjaga kebersihan, manfaat secara langsung boleh diperoleh adalah kesihatan dan persekitaran yang ceria serta kondusif. Persekitaran yang kondusif ini pula akan mewujudkan tatacara atau sistem kehidupan lebih sempurna, pola pemikiran manusia yang baik dan hati bersih. Ternyata dengan hidup bersih dapat meminimumkan kemungkinan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya