PELABUHAN KLANG 24 Sept. – Kapal Republik Indonesia (KRI) Bimasuci 945 hari ini buat pertama kalinya berlabuh di dermaga Pusat Hidrografi Nasional di sini, sempena misi pelayaran diplomasi tiga harinya ke Malaysia. Kapal layar latihan Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut yang diketuai Komandan Letkol Laut (P) Waluyo itu tiba di dermaga berkenaan kira-kira pukul 9.00 pagi dan disambut oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)…










