KUANTAN 19 Sept. – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri menganjurkan Hi-Tea Apresiasi Seni Budaya bagi menghargai penggiat seni dan budaya di negeri ini. Pengarahnya, Dayang Kartini Awang Bujang berkata, program itu adalah manifestasi penghargaan tinggi kepada penggiat yang berjasa mengembangkan bidang seni dan budaya di negeri ini. Katanya, JKKN negeri komited membantu persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) di setiap daerah bagi membangunkan seni dan warisan budaya tradisi Pahang. “JKKN tidak hanya menjadi agensi yang menyediakan platform persembahan tetapi turut mengadakan penyelidikan dan kajian terhadap seni…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya