KUALA LUMPUR 11 Sept. – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof menyeru anggota Parlimen Malaysia supaya berkhidmat dengan jujur dan amanah. Sempena sambutan ulang tahun Parlimen Malaysia yang ke-60, beliau turut berharap supaya Parlimen akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat dan negara. “Marilah kita panjatkan doa dan beriltizam untuk berkhidmat dengan jujur, amanah dan ikhlas supaya Parlimen Malaysia terus berkembang. “Semoga Parlimen Malaysia juga diperkukuhkan dalam konteks demokrasi berparlimen demi kesejahteraan rakyat dan negara kekal makmur dan terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya