ALOR SETAR 28 Sept. – Barisan Nasional (BN) belum menerima apa-apa desakan daripada mana-mana pihak untuk meletakkan calon Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya hanya akan memutuskan perkara berkaitan calon di kerusi Parlimen itu setelah mengadakan perbincangan dengan parti komponen. “Belum ada desakan, biarlah kita tentukan setelah mengadakan perundingan dengan semua parti komponen BN dan juga pihak Pas,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Muafakat Nasional peringkat Kedah di sini, hari ini. Yang turut hadir, Presiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya