PUTRAJAYA 25 Sept – Usaha mempromosikan kelestarian alam sekitar semakin diterima apabila Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) melalui anak syarikatnya DRB-Hicom Environment Services (DHES) dapat mengumpulkan 100 tan minyak masak terpakai dalam tempoh tidak sampai setahun. Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata DHES membeli 100 tan minyak masak terpakai itu dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas, yang memberi petanda positif terhadap usaha melestarikan alam sekitar manakala 400 tan dikutip sejak 2014 hingga tahun lepas. “Ini satu isyarat positif bahawa objektif program belian semula minyak masak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya