KUALA KRAI 24 Sept. – Seekor ular sawa seberat 60 kilogram (kg) ditemukan tersangkut pada pagar selepas ‘menceroboh’ masuk ke kawasan perkarangan Klinik Desa Kampung Peria dekat sini semalam. Pegawai Pertahanan Awam Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd. Hanif Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.48 pagi. Menurutnya, seramai empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah itu telah dikejarkan ke lokasi kejadian. “Kami mengambil masa kira-kira enam minit untuk menangkap ular tersebut sejurus tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.58 pagi,” katanya di sini hari ini. Mohd. Hanif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya