KUALA LUMPUR 12 Sept. – Adam Norrodin sudah bersedia menguji kemampuannya beraksi dalam perlumbaan Moto2 buat kali pertama pada Grand Prix San Marino, hujung minggu ini. Pelumba muda negara itu akan beraksi untuk pasukan Petronas Sprinta Racing Moto2 menggantikan Khairul Idham Pawi yang mengalami kecederaan. Adam yang berpengalaman berlumba dalam kelas Moto3 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing dari 2016 sehingga 2018, berharap dapat memberikan cabaran terbaik biarpun sedar Litar Misano adalah trek yang cukup berliku. “Saya menerima banyak ucapan tahniah selepas diberikan peluang ini dan itu membuatkan saya amat bersyukur.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya