DUNGUN 29 Sept. – Gelagat enam mat rempit yang `asyik’ mengadakan perlumbaan haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat sini mengundang padah apabila mereka akhirnya dicekup polis petang semalam. Kesemua mereka ditahan berhampiran Plaza Tol Bukit Besi kira-kira pukul 5 petang selepas berlumba dengan aksi berbahaya termasuk gaya `spiderman’ dari kawasan Ajil, Hulu Terengganu menghala ke Bukit Besi dekat sini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebelum ditangkap, sepasukan 12 orang anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Terengganu mengadakan operasi di LPT2 terbabit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya