PUTRAJAYA 2 Ogos – Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar akan bersara wajib sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bermula 5 Ogos ini. Menurut kenyataan Maritim Malaysia, beliau yang mengetuai agensi penguatkuasaan itu sejak 1 Jun 2016 telah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penguat Kuasa Maritim bermula November 2005 dan pernah terlibat di dalam jawatankuasa perintis penubuhan Maritim Malaysia. Selain itu, beliau pernah menyandang beberapa jawatan utama seperti Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara dan Selatan, Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya