Semoga sihat sejahtera dan diberkati Allah sentiasa. Usah terkejut membaca warkah ayahanda ini. Ayahanda tahu, anakanda tidak pernah membaca surat atau warkah seperti ini. Malah, warkah seperti ini mungkin sesuatu yang luar biasa bagi anakanda. Anakanda hanya biasa membaca e-mel, mesej, WhatsApp, Instagram dan pelbagai saluran komunikasi moden. Sehinggakan warkah atau surat seperti ini sudah terlalu asing bagi anakanda. Mungkin anakanda juga berasa aneh dengan tindakan ayahanda mengutus warkah ini. Ayahanda sengaja memilih untuk menulis warkah ini untuk membolehkan anakanda menoleh kepada sastera dan jati diri bangsa kita sendiri. Sastera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya