KUALA LUMPUR 22 Ogos – Pelancong, warga asing mahu pun pendatang asing tanpa izin (PATI) wajib menghormati bendera Malaysia kerana ia merupakan simbol kedaulatan negara. Pakar undang-undang, Prof. Madya Dr. Ahmad Marthada Mohamed berkata, tidak tahu atau tidak memahami sensitiviti Jalur Gemilang sama sekali tidak boleh dijadikan alasan oleh kumpulan individu berkenaan. “Negara kita adalah negara berdaulat, semua kena hormat, bukan hanya warganegara tapi semua pihak termasuk pelancong dan warga asing. “Tak boleh jadikan alasan tidak tahu mengenai simbol negara kita. Kejahilan diri bukannya bermaksud anda tidak perlu ambil tahu,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya