KLANG – Seorang lelaki warga Bangladesh kehilangan tangan dan kaki kanan selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar plastik di sebuah kilang di Batu 8, Jalan Meru Tambahan di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, Mohammed Harun Rashid Mohammed Ali, 39, yang parah itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, Ramlan Omar berkata, lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.02 petang. Katanya, operasi turut dibantu anggota dari BBP Sungai Pinang. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya