KOTA KINABALU 16 Ogos – Dua kenderaan rosak selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baha Jalan Marakau Ranau, malam tadi. Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan berkata, pada mulanya, kejadian tanah runtuh berlaku bersebelahan sebuah rumah di kampung itu sebelum menyebabkan pokok tumbang lalu menghempap sebuah kereta dan motosikal yang berada di garaj. Ujarnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.40 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari balai bomba Ranau. “Setiba sahaja di lokasi, operasi pemotongan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya