KUALA LUMPUR 6 Ogos – Tidak perlu mencipta alasan kononnya pelaksanaan seni khat dan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu akan menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, alasan sedemikian hanyalah rekaan semata-mata untuk menyekat usaha Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memelihara seni dan memartabatkan tulisan Jawi di negara ini. “Seni khat dan tulisan Jawi merupakan antara asas sejarah peradaban negara ini yang mana penggunaannya dalam penulisan Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai ‘lingua-franca’ dalam bidang ilmu, ekonomi, diplomatik dan sebagainya seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya