Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama di Sungai Buloh, Selangor dinobatkan sebagai juara Cabaran HP Little Makers anjuran Syarikat HP Inc., minggu lalu. Kejayaan tersebut melayakkan sekolah berkenaan memenangi perkakasan komputer peribadi HP dan inovasi pencetakan bernilai RM20,000. Cabaran tersebut melibatkan 92 buah sekolah di seluruh negara dan menerima 18,600 penyertaan dengan memanfaatkan pembelajaran berasaskan bahan cetak. Ia meliputi lapan cabaran antaranya mencakupi subjek Seni, Geografi, Biologi, Sains, Astronomi dan kemahiran bahasa. Pengarah Urusan HP Inc. Malaysia, Fayza Mohamed Amin berkata, pihaknya menyokong ibu bapa dalam membesarkan pemimpin masa depan dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya