SINGAPURA 12 Ogos – Kerajaan Singapura akan mengharamkan secara sepenuhnya aktiviti penjualan gading gajah dan produk-produk berkaitan dalam negara bermula September 2021. Pengharaman tersebut merupakan langkah diambil republik berkenaan sebagai kempen memerangi pemerdagangan hidupan liar. Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu bakal dipenjarakan sehingga satu tahun dan denda. Keputusan tersebut dibuat pada sambutan hari gajah sedunia disusuli dengan rundingan bersama agensi bukan kerajaan, pengusaha dan orang awam. Singapura sejak tahun 1990 telah mengharamkan pemerdagangan antarabangsa melibatkan produk-produk gading gajah.- AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya