BEIRUT 31 Ogos – Sekurang-kurangnya 40 anggota militan terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh kumpulan pelampau jihad di wilayah Idlib di Syria, di sini hari ini. AFP melaporkan insiden itu berlaku beberapa jam selepas gencatan senjata yang disokong oleh Rusia. Ketua Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, serangan itu menyasarkan pertemuan di antara pemimpin Hurras al-Deen, Ansar al-Tawhid dan kumpulan bersekutu di kem latihan berhampiran bandar Idlib. Bagaimanapun katanya, setakat ini masih belum jelas individu yang menjadi dalang di sebalik serangan mahupun kedudukan serangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya