Idea untuk menubuhkan Sekolah Wawasan sejak 22 tahun lalu merupakan satu pendekatan terhadap sistem pendidikan persekolahan rendah bertujuan memantapkan semangat perpaduan dan harmoni seluruh rakyat, khususnya dalam kalangan generasi muda sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bagi merealisasikan agenda perpaduan nasional itu, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun. Dr. Mahathir Mohamad memperuntukkan sebanyak RM20.7 juta untuk diagihkan mengikut keperluan, enrolmen dan saiz sekolah baharu berlainan bahasa pengantar untuk diletakkan di bawah satu bumbung atau kompleks menjelang 2000. Idea kerajaan itu direalisasikan dengan penubuhan Sekolah Wawasan pertama, Kompleks…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya