KUALA LUMPUR 19 Ogos – Orang ramai dipelawa menyertai aktiviti menanam pokok dan gotong-royong membersih pantai dalam program Selangor Tree Conserve-Fest atau Festival Pemuliharaan Pokok Selangor di Dataran Pantai Batu Laut, Banting dekat sini, 17 September ini. Majlis Derah Kuala Langat (MDKL) memberitahu, festival yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. “Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya sukan rakyat, tarian zumba, pemeriksaan kesihatan percuma dan persembahan buskers. Jadi, datanglah beramai-ramai seisi keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya