LANGKAWI – Polis menahan dua individu petang ini bagi membantu siasatan kes bendera negeri Kedah dan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di premis mereka yang terletak di Jalan Pandak Mayah di sini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan dibuat 5 petang ini selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat orang awam pada pukul 11.42 pagi tadi. Beliau berkata, pengadu tersebut melaporkan dia yang mempunyai urusan di kawasan berkenaan ternampak kedua-dua bendera dipasang secara terbalik di premis yang terletak di Pekan Pandak Mayah itu. “Siasatan mendapati tempat kejadian merupakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya