KUALA LUMPUR 29 Ogos – Seorang saksi penting kini sedang dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung kes menculik dan melarikan seseorang. Saksi terbabit Saiful Bahari Abdul Aziz,41, dipercayai mempunyai maklumat mengenai kes kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat yang hilang pada November 2016. Sehubungan itu, Saiful Bahari diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 356 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun sehingga kini, dia masih tidak dapat dikesan dan tidak dapat dipastikan sama ada masih berada di negara ini atau tidak. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya