GUA MUSANG 18 Ogos – Seorang lelaki Orang Asli yang pengsan akibat diserang penyakit asma dari Kampung Tendrik, Pos Bihai di sini dikejarkan untuk rawatan ke Hospital Gua Musang menggunakan helikopter Unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, semalam. Along Pandak, 47, dilaporkan mengalami sakit asma sehingga badannya lemah dan tidak bermaya. Pegawai Perhubungan Awam JBPM Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farhan Marzuki berkata, lelaki itu dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital. Beliau berkata, pihaknya berlepas dari Pangkalan Udara JBPM Bertam, Pulau Pinang pada pukul 12.50 tengah hari selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya