JOHOR BAHRU 14 Ogos – Sebuah pencawang telekomunikasi dengan ketinggian 18 meter yang terletak berhampiran laluan ladang kelapa sawit di Jalan 93, Felda Sungai Sayong dekat Kulai terbakar semalam. Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian menerusi talian MERS 999 pada 6.34 petang semalam dan menggerakkan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota. “Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran pencawang telekomunikasi dan pihak bomba membuat pemadaman menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering kerana tiada akses…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya