Apabila berlaku banjir, antara masalah utama yang akan dihadapi di kawasan bencana adalah mencari air bersih. Kesukaran mencari air bersih masa kecemasan amat kritikal kerana yang ada biasanya air kotor dan tidak sesuai untuk diminum. Justeru, keadaan kecemasan seperti bencana memerlukan tindakan segera untuk mengelakkan risiko kepada kesihatan, kehidupan, alam sekitar atau harta benda. Dalam keadaan sedemikian, perlindungan, makanan dan air minuman adalah antara keutamaan untuk mencegah orang ramai khususnya mangsa menghadapi penyakit bawaan air atau yang berjangkit. Menyedari keadaan sukar tersebut, seorang penyelidik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya