SABAK BERNAM- Semua pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) perlu berani bersuara mempertahankan keputusan melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin terbabit tidak seharusnya mengambil sikap ‘menikus’ dalam isu tersebut. “Mereka (pemimpin Melayu PH) mesti berani menyatakan pendirian sebagaimana beraninya UMNO mempertahankan isu ini. “UMNO berpandangan jika penolakan dibuat kerana kononnya tulisan jawi bukan sebahagian daripada Melayu disifatkan sebagai ‘buta’ sejarah” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya