MIRI 6 Ogos – Pasukan Bomba dan Penyelamat Miri terpaksa menggunakan kaedah bom air dalam usaha memadamkan kebakaran hutan tanah gambut di Kuala Baram yang telah berlarutan sejak seminggu lalu. Ketuanya, Law Poh Kiong berkata, operasi pemadaman kebakaran itu menggunakan helikopter milik Unit Udara Bomba Miri bermula dengan kawasan kebakaran seluas 4.8 hektar yang berjaya dipadamkan setakat tengah hari ini. Ujarnya, operasinya telah bermula kira-kira pukul 10 pagi ini di kawasan berhampiran asap tebal dan perumahan. “Namun begitu kawasan seluas 27.9 hektar masih lagi berasap manakala kawasan seluas 5.6 hektar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya